Wednesday, August 4, 2010

CCNA & CCENT


PDFPrintE-mail

CCNA atau Cisco Certified Network Administrator adalah sijil yang sangat popular dalam bidang networking. Ini adalah kerana Cisco adalah produk yang paling popular digunakan diseluruh dunia dalam rangkaian komputer di mana-mana organisasi sekalipun. Produk daripada Cisco adalah tahan lasak dan berkeupayaan tinggi. Oleh itu, Sijil Profesional khusus untuk produk Cisco telah diwujudkan untuk menyokong dalam bidang network ini.

Untuk mendapat CCNA anda ada 2 pilihan, iaitu dengan mengambil kaedah pertama atau yang kedua. Kaedah pertama anda perlu mengambil exam 640-802 sahaja (satu exam sahaja!) untuk mendapat CCNA atau dengan cara kedua iaitu dengan mengambil dua exam iaitu 640-822 dan 640-816.

Perlu diingat, Sijil Profesional CCNA hanya bertahan 3 tahun sahaja dan akan luput (expired!). Ini adalah kerana teknologi produk Cisco sangat cepat berkembang dah mudah luput. Lepas 3 tahun anda dikehendaki ambil exam CCNA terkini semula. Kos? biasa la tu..memang wajib untuk renew CCNA (recertify).

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai pilihan exam untuk mendapat CCNA tersebut:

KOD EXAM
KOD TRAINING TERLIBAT
640-802Interconnecting Cisco Networking Devices Part 1 (ICND1) v1.0
Interconnecting Cisco Networking Devices Part 2 (ICND2) v1.0

atau kedua2 di bawah
640-822 Interconnecting Cisco Networking Devices Part 1 (ICND1) v1.0
640-816 Interconnecting Cisco Networking Devices Part 2 (ICND2) v1.0

Jika anda mengambil keputusan untuk mengambil pilihan kedua untuk mendapatkan CCNA iaitu dengan mengambil exam 640-822 dan 640-816, ada kelebihannya dimana jika anda lulus exam 640-822 terlebih dahulu, anda akan ditauliahkan dengan sijil CCENT ataupun Cisco Certified Entry Networking Technician. Bermakna,jika anda meneruskan dengan exam kedua iaitu 640-816 dan lulus, anda telah mendapat dua sijil profesional berbanding hanya satu iaitu CCNA sahaja. Apa pendapat anda?